Wednesday, 22 May 2013

Tips Mengatasi Rambut Gugur

Bismillahirrahmanirrahim...Hi Reader...

Hari ni saya nak berkongsi cerita mengenai masalah keguguran rambut dan tips untuk mengatasinya...
First, sy sebenarnya baru melahirkan baby boy yg encem.hehe...skrg dah 5 bulan. AlhamdulilLAH...
Biasanya perempuan yang baru melahirkan baby akan mengalami masalah keguguran rambut termasuklah saya sendiri, rimasnya bila tengok banyak rambut kat lantai x termasuk lagi aktiviti menyikat dan bila time mandi tu..fuh...Jom kiita baca punca-puncanya....

  • Disebabkan penyakit atau pembedahan besar. Sebagai contoh, kira-kira 3 atau 4 bulan selepas penyakit atau pembedahan besar, anda  tiba-tiba boleh kehilangan sejumlah besar rambut. Kehilangan rambut yang berkaitan dengan tekanan penyakit adalah bersifat sementara.
  • Ketidakstabilan Hormon. Masalah hormon boleh menyebabkan keguguran rambut. Jika kelenjar tiroid anda terlalu aktif atau tidak begitu aktif, rambut anda mungkin akan jatuh. Keguguran rambut ini biasanya boleh dibantu oleh rawatan penyakit tiroid. Keguguran rambut boleh berlaku jika hormon lelaki atau perempuan, yang dikenali sebagai androgen dan estrogen, tidak seimbang.Membetulkan ketidakseimbangan hormon boleh menghentikan kehilangan rambut anda.
  • Melahirkan anak. Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.         
  • Pengambilan ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menyebabkan keguguran rambut. keguguran rambut jenis ini akan bertambah baik apabila anda berhenti mengambil ubat. Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rambut gugur termasuk pencair darah (juga dipanggil anticoagulants), ubat-ubatan yang digunakan untuk gout, tekanan darah tinggi atau masalah jantung, vitamin A (jika terlalu banyak diambil), pil kawalan kelahiran dan antidepresan.
  • Jangkitan Penyakit. Jangkitan tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Jangkitan kulat pada kulit kepala boleh menyebabkan keguguran rambut di kalangan kanak-kanak. Jangkitan ini mudah dirawat dengan ubat-ubatan antikulat.
  • Persekitaran kulit kepala yang tidak sihat. Bahan pencemar udara dan air, toksin alam sekitar, produk penggayaan konvensional dan jumlah sebum yang berlebihan mempunyai potensi untuk membina pada kulit kepala. Serpihan sebum yang berlebihan ini boleh menyekat folikel rambut dan menyebabkan kemerosotan rambut. 

  • Faktor genetik yang diwarisi daripada ibu/bapa yang mempunyai masalah rambut  samada man pattern baldness atau female pattern baldness .


Antara Tips untuk kurangkan keguguran rambut:
  • Ambil beberapa helai daun bunga raya yang muda, tumbuk hingga lumat. Kemudian gosokkan pada kulit kepala dan biarkan hingga kering. Kemudian bilas dengan air suam dan cuci rambut menggunakan syampu yang sesuai.
  • Ambil makanan yang kaya dengan Protein dan Zinc. 
  • Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. 
  • Kurangkan stress kerana stress hanya akan menyebabkan rambut anda semakin banyak gugur.
  • Minum air sekurang-kurangnya 3liter sehari.

Testimoni



Alhamdulillah.. Ramai yg dapat mengurangkan masalah rambut gugur dengan zinc shaklee. Kepada yang berminat sila PM/email sy segera.. kerana sy menawarkan HARGA ISTIMEWA kepada pengunjung Nur Biz Home.

SMS/WhatsApp 013-3121879
Like page FB Nur Biz Home


**DISCLAIMER - Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Sila konsult dengan pengedar sah anda untuk maklumat lanjut.




No comments:

Post a Comment